Legenda: The Concert
Legenda: The Concert

Legenda: The Concert

Legenda: The Concert merupakan sebuah album rakaman secara langsung oleh Sheila Majid yang dikeluarkan pada tahun 1992. Album yang diterbitkan di bawah syarikat rakaman Roslan Aziz Productions (R.A.P.) ini dirakam secara digital pada 27 November 1991 melalui konsert sulung dan terbesar beliau di Stadium Negara, Kuala Lumpur. Album ini dipecah kepada dua bahagian, iaitu Legenda: The Concert I dan Legenda: The Concert II bagi versi kaset dan CD, manakala untuk tontonan visual tersedia dalam bentuk pita rakaman VHS. Pada tahun 2009, R.A.P. telah mengeluarkan semula album ini dalam bentuk CD, VCD dan DVD.[1]